Make your own free website on Tripod.com

SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

 

1. Sumber elektrik

 

Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kemagenatan, tindakan kimia dan cahaya.

 

A. Kemagnetan sebagai sumber elektrik

 

Kemagnetan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar.

 
 

Dinamo

Dinamo terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal,

Teras besi, dan gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada

 lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas perinsip aruhan magnet.

 

Turbin

Turbin adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar

oleh aliran air, stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang

disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan

kuasa elektrik.

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


B. Tindakan kimia sebagai Sumber Elektrik

Tindakan kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik

 

Sel Kering

Voltan yang dihasilkan oelh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt.

Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif.

Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit

Text Box:  Dan bekas zink bertindak sebagai punca negatif.

Ia tidak boleh dicas semula.

 

Sel Basah

Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia

dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri

daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum

sebagai elektrod nagetif dan asid sulfurik cari sbagai elektrolitnya.

 

 
C. Cahaya sebagai sumber elektrik

Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat

Ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima

pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar

pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk

kamera.

 

 

2. Kegunaan Elektrik

Tenaga elektrik digunakan di dalm alat-alat elektrik.

Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan tenaga elektrik

Kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik

dan bunyi.

 
 

 

 


A. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba

Pekakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada

tenaga haba menggunakan elemen pemanas yang diperbuat

dari aloi nikel dan kromium. Contoh, cerek, periuk nasi dll.

 

 

 

Text Box:

B. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik

Alat-alat elektrik yang digunakan untuk menukrrkan tenaga

elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin,

mesin basuh mesin gerudi dll. Ini semua berasaskan

motor elektrik.

 

 

 

 

 
C. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya

Lampu ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga

elektrik kepada tenaga cahaya. Lampu pijar menggunakan

filamen manakala lampu pendarflour menggunakan gas

argon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya.

 

 

 

 
 

 


D. Kegunaan Elektrik untuk menghasilkan Bunyi

Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.

Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga

Elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen,

telefon, pembesar suara dan radio.